- May 7, 2024
- Updater
- (0)
- Informasi Pendidikan, Informasi Semasa
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2025 Bermula 5 Ogos 2024
Ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak-anak ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun depan 2025/2026 perlu mengambil perhatian. Anda boleh mengemukakan permohonan secara online melalui sistem ePrasekolah KPM. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau secara manual.
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu :
- Dalam Talian (online)
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
- Manual
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Semak Keputusan ePrasekolah
Keputusan ePrasekolah boleh disemak mulai 5 Ogos 2024 di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ibubapa yang berjaya mendapatkan tempat di Prasekolah untuk anak-anak mereka hendaklah mencetak surat tawaran, kerana surat tersebut mungkin perlu dibawa semasa pendaftaran.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan, iaitu dari 5 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024.
Rayuan
Bagi ibu bapa atau penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dibuat di sekolah yang dimohon, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW), atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024. Sila rujuk Tatacara Rayuan.
Untuk rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa atau penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.