Kecerdasan buatan (AI) akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. “Kurikulum Persekolahan 2027 menjadikan Fasih Digital sebagai satu daripada tujuh kompetensi yang perlu dikuasai oleh murid. “Murid fasih digital berkemampuan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah serta mencipta sesuatu yang baharu dengan menggunakan konsep pemikiran komputasional. “Antara pengetahuan dan …