PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Peripatetik.

Sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi membolehkan MBK menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik selain membimbing MBK ke arah hidup berdikari serta bermakna.

Pengurusan 3PK negeri berada di bawa seliaan Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu (CLKB), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 12 buah 3PK di seluruh Malaysia yang beroperasi di Sekolah Pendidikan Khas dan satu (1) beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dari Pusat Perkidmatan Pendidikan Khas (3PK) seperti dibawah

Negeri
Kepakaran Yang Ditawarkan
Alamat

Putrajaya

Audiologi | Peripatetik | Psikologi | Terapi Cara Kerja

Kedah

Peripatetik | Terapi Cara Kerja

Pulau Pinang

Audioalogi | Psikologi

Perak

Peripatetik

Perlis

Peripatetik

Selangor

Peripatetik | Psikologi

Melaka

Peripatetik | Audiologi | JOCV

Johor

Peripatetik | Terapi Pertuturan Bahasa

Kelantan

Peripatetik | Psikologi

Terengganu

Peripatetik

Pahang

Peripatetik | Terapi Pertuturan Bahasa | JOCV

Sabah

Peripatetik 

Sarawak

Terapi Cara Kerja | JOCV

JOCV – Japan Overseas Volunteer Cooperation

Waktu Pengoperasian

Zone A

Isnin – Khamis 
8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari
2.00 Petang – 4.00 Petang

Jumaat
8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
3.00 Petang – 4.30 Petang

Ahad – Rabu
8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
3.00 Petang – 4.30 Petang

Khamis
8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
2.00 Petang – 4.30 Petang