Pre School in Malaysia

Kerajaan akan tawarkan pakej internet laju untuk sekolah KPM mulai 1 Julai.


SEMPORNA: Kerajaan akan menyediakan pakej khas internet jalur lebar tetap berkelajuan tinggi untuk sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa projek Point of Presence (PoP) ini akan menawarkan internet yang lebih stabil dan murah berbanding talian mudah alih.

“Perinciannya akan diumumkan kemudian, tetapi mulai 1 Julai, 10,000 sekolah di bawah KPM akan dapat memilih pakej internet yang lebih laju dan murah.

“Kerajaan berharap infrastruktur telekomunikasi ini akan dimanfaatkan oleh rakyat, khususnya di Sabah, untuk meningkatkan taraf hidup dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya semasa berucap di program tinjauan PoP di Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum Bum.

About Author