Pre School in Malaysia

Kecerdasan buatan (AI) akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

“Kurikulum Persekolahan 2027 menjadikan Fasih Digital sebagai satu daripada tujuh kompetensi yang perlu dikuasai oleh murid.

“Murid fasih digital berkemampuan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah serta mencipta sesuatu yang baharu dengan menggunakan konsep pemikiran komputasional.

“Antara pengetahuan dan kemahiran digital yang akan diterapkan dalam kurikulum baharu ini ialah yang berkaitan dengan AI.

“Murid akan diperkenalkan dengan asas AI di peringkat sekolah rendah dalam mata pelajaran baharu Teknologi dan Digital dan penerokaan lanjut serta aplikasi AI akan diteruskan di peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran yang sama, juga dalam mata Pelajaran Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Reka Bentuk dan Teknologi.”

Fadhlina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepadaPang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta perancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan matapelajaran berkaitan teknologi kecerdasan buatan di peringkat sekolah.

About Author