Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara telah dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 dan telah berkembang menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Kami mempunyai lebih daripada 5137 spesimen dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.
Zoo Negara meliputi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. Sepanjang tahun-tahun ini, zoo ini telah bertransformasi kepada konsep zoo terbuka dengan lebih 90% haiwan-haiwan ditempatkan dalam pameran yang luas dengan landskap yang sesuai dengan alam semula jadi mereka.